Transportation: Kereta Buatan Malaysia
Kadar tukaran wang: S$1=RM2.44 (Lautwang Baya, TTDI)
Tempat tinggal: Rumah mak kat JB
Total kos: RM900 (ada balance S$1 tp dah hilang pulak)
Asslamualaikum wkt.
Walaupun rumah parents aku kat JB, walaupun aku dah pernah g Singapura beberapa kali masa kecik2 dulu ngan parents aku sebab ada ramai sedaramara di sana, walaupun aku pernah ikut rombongan sekolah g Zoo Singapore dan Sentosa, aku tetap excited a.k.a jakun nak g Singapore kali nie. Err.. Actually ktorg g sana sebab cousin aku kaen kat Clamenti tu tp since x la rapat mana lalu upacara perkahwinan tu kitorg letak side jek.. *Kejam* Maka, trip bercuti ke Singapura pun bermula!
Lepas Zuhur, kami terus bertolak ke Orchard Road. Ktorg tumpang Exora Angah je hari ni since xramai org pergi. Dengan berpandukan GPS Gamin Exora tu, kami berjaya sampai ke Orchard Plaza dengan sekelip mata. Nak masuk parking tu kena pakai Autopass card. Cerita Autopass & camne nak masuk immigration nnt aku cerita kat hari ke3 sebab masatu
Misi ke Orchard Road adalah utk cari pinggan mangkuk Corelle idaman kakak aku sambil cuci2 mata tengok apa best kat situ. Ok, disepanjang Orchard Road tu ada banyaaaaak sgt shopping complex. Macam kat Bukit Bintang area tapi lagi banyak mall dia. Antaranya the famous Takashimaya, Paragon, Tangs, Wisma Atria dll termasuklah hotel.
Kitorang parking dekat Orchard Plaza. Parking dalam S$7 kot, aku x ingat sangat. Bayar guna Autopass jugak. Kalau korg nak carik souvenir macam Fridge Magnet, kat dalam nie ada kedai souvenir. Sekadar fridge magnet tu, 8pcs S$10 pun boleh dapat tapi kualiti aku xtau sebab kakak aku yang tengok. Aku beli kat souvenir kat Arab Street jek.
Disebabkan hujan melanda, so agenda nak ke Night Safari terpaksa dibatalkan. Then kitorang decide nak duduk dalam bangunan jek. So pergilah kami untuk makan kat Beach Road. Aku ingatkan akan makan di restaurant yang best2, rupanya dekat food court. Dan rupanya tempat makan kat sini yang diadvice oleh tourism Singapore nie kebanyakannya berkonsep food court atau restaurant biasa2 jek.. bukan yang grand2 tu.. Contohnya kat Beach Road nie la. Bangunan dia besar macam Central Market KL, tp rupanya kat tingkat bawah ada food court. Kat food court tu je kedai Hj. Kadir nie. Tapi best la beb. Pure Sup Tulang Merah! Tengok jela gambar tu. Segala apa kau order semua merah. Mee goreng merah, mee hoon goreng merah, sampai mee kuah pun merah! Scary ok!! Tapi rasa ok, xde la pelik, rugilah kalau x rasa! Laki aku dok ulang2 cakap, sedap la yang, sedap la yang.. Hahahaaaa..
Lepas makan, kami jalan2 ke Masjid Kampung Glam. Kedai sekeliling dah tutup, maybe sebab CNY kot. Cuma pusing2 masjid jek amik2 gambar. Pastu jalan kaki ke Restoran ZamZam tapaw murtabak. Ada S$4, 8,16, 20 dollar. Ktorg beli yang S$8 dollar je, itupun dah hebat. Laki aku beriya-iya cakap, sedap yang! (dengan muka yang penuh meyakinkan)
Aku adalah bukak internet baca review blogger pasal Singapore nie. Ada aku terbaca yang diorang advice beli perfume kat Mustafa sebab murah sangat. So aku mmg dah put aside bajet untuk sambar perfume sorang seketul utk aku dgn hubby dengan bajet S$50 sorg. Ngehehee..
Wah, sukanya aku kat sini. Perfume tester mmg byk giler. Dan yang paling best, xde siapa pun jaga situ! xde org ikut kau, xde org kisah kau nak spray berapa botol pun, xde org perhatikan langsung!!! Bebas utk anda menjakunkan diri utk try segala perfume kat situ tanpa ragu. Owh, jgn lupa bwk coffee sendiri k! Yang aku ingat2 lupa, Issey Miyake EDT100ml SGD79, Polo Blue EDT100ml SGD80+, Hugo Boss women Gucci EDT100ml SGD40+, Versace Red Jeans EDT50ml SGD29 (fav along aku tp aku xbelikan pun, xmampu wei), Gucci EDT100ml SGD100+. Isyy, lupa pulak aku nak ambil gambar harga perfume2 tu..
Sebab dah banyak sangat bau, dah spray sana sini sampai dh xtau bau apa, setelah berkira2 nak Issey Miyake ke, Polo Blue ke, ntah apa lagi ntah, last2 aku rembat je Incanto Bliss from Salvatore Ferragamo EDT 100ml SGD59 sebab dah malas sangat nak fikir. Dah la Incanto tu tester dia xbleh spray, tinggal batang tu jek, aku nekad je amik sbb botol dia lawa dan nama dia Bliss tu =). Laki aku pulak rembat CK One. Walaupun dah outdated tapi dah dia suka aku on jela. 200ml SGD53 je beb! Tu yg laju je aku setuju tu.. ahhahaaa.. Sambung cerita perfume murah kat sini =).
EDT 200ml SGD53 = RM120 | EDT 100ml = SGD59 = RM130
Dah.. tu jek.
Balik dengan kepenatan yang mendalam pada jam 1.30 pagi =).